Salam Takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Ketua Pengarang Sinar Ha…


Salam Takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Ketua Pengarang Sinar Harian, Allahyarham Datuk Baharom Mahusin yang telah meninggal dunia hari ini.

Allahyarham merupakan seorang yang amat berdedikasi serta beretika dan bertanggungjawab dalam penulisan. Beliau berjiwa besar dalam bidang kewartawanan dan telah mencurahkan bakti yang tidak terhingga dalam bidang berkenaan.

Sesungguhnya, pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar buat bidang kewartawanan dan media di negara kita.

Saya masih ingat lagi, kali terakhir berjumpa beliau adalah pada 30 Jun yang lepas semasa beliau menemubual saya untuk terbitan Sinar Harian.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Aminn..

Al-Fatihah.

#MyMOTAC
#teamnancyshukri
#parlimenGPS
#sarawakfirst
#ahliparlimensarawak
#sarawakkusayang




Source

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: