Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) Appreciation Lunch

Kuching, 14 Disember – Yang Amat Berbahagia Datuk Amar Hajjah Jumaani Tun Tuanku Haji Bujang, isteri Ketua Menteri Sarawak juga merangkap Penaung Projek Inovasi Songket dan Keringkam Sarawak telahpun mengadakan Old Kuching Smart Heritage Appreciation Lunch bersama agensi kolaborasi dan pelaksana bagi projek Old Kuching Smart Heritage dari tahun 2018 hingga sekarang.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Datu Dr Sabariah Putit, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Old Kuching Smart Heritage dan Pengerusi Projek Inovasi Songket dan Keringkam, Yang Berbahagia Datuk Haji Abang Abdul Wahab Abang Julai, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak, Yang Berbahagia Dato Hajah Norhyati Ismail, Pengerusi Sarawak Media Group, Yang Berbahagia Dato Steve Ng, Pengarah Urusan Plaza Medeka Holdings, TKP Rosidek Musa, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKP Hamdan Salleh, Pengarah Penjara Puncak Borneo dan agensi-agensi kolaborasi dan pelaksana seperti Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKR), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (SRB), Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Sarawak Multimedia Authority (SMA), Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Centre of Technical Excellence Sarawak (CENTEXS), CENTEXS Commercial Services (CCS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi Mara (UITM).

Majlis ini adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada semua pihak terutamanya agensi kolaborasi dan pelaksana projek/inisiatif di bawah Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha untuk mencapai misi dan visi Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) dari tahun 2018 hingga 2020.

Antara projek dibawah Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) yang telah siap sepenuhnya oleh agensi pelaksana dan telah memberi impak positif kepada orang awam dan komuniti tempatan adalah projek infrastruktur seperti Pengubahsuaian Visitor Information Centre (VIC) di Old Court House, papantanda di Kampung Nombor dan pontoon di Tebingan Sungai,  Pengindahan dan Hiasan Pencahayaan di kawasan Tebingan Kuching, Kampung Nombor (Kampung Nombor 1 hingga Kampung Nombor 6) dan Boyan-Gersik-Sourabaya (BGS), Penambahbaikan keselamatan iaitu pemasangan CCTV di kawasan Kampung Nombor dan India Street, mengadakan lebih kurang 23 kursus/latihan kepada komuniti tempatan sepanjang tahun 2018 hingga 2020, Penjenamaan semula 86 produk tempatan yang melibatkan 42 orang usahawan OKSHE serta pengkomersialan produk tersebut di pasaran seperti di MYDIN Vista Tunku, MYDIN Semariang dan Heritage Central Galeri di Jalan Masjid dan lebih kurang 60 program daripada tahun 2018 – 2020.

Selain itu, projek kolaborasi Kerajaan Negeri Sarawak dan Jabatan Penjara Sarawak yang dimeterai pada bulan Ogos 2019 iaitu Projek Inovasi Songket dan Keringkam telah dilaksanakan dengan jayanya dengan adanya Bengkel Sarapride di Penjara Puncak Borneo yang melibatkan 23 orang penghuni penjara sebagai pelapis penenun songket Sarawak serta telah menghasilkan 59 helai tenunan songket pada masa ini. Tambahan, Songket dan Keringkam di Jalan Masjid telah ditubuhkan untuk mempamerkan serta mengkomersialkan tekstil premium Sarawak iaitu songket dan keringkam yang ditenun oleh komuniti Kuching, Samarahan, Gedong, Padawan, Rajang, Limbang, Lawas, CENTEXS serta penghuni Penjara Puncak Borneo.  

Melalui majlis ini, beliau juga telah menyerahkan Surat Penghargaan kepada agensi kolaborasi dan pelaksana yang telah memberi komitmen dan dedikasi sepanjang penglibatan bersama bagi mencapai objektif Kerajaan Negeri Sarawak dan Old Kuching Smart Heritage.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: