bookd!, Pemangkin Industri Bakat Alaf Baru

WhatsApp Image 2021-02-12 at 10.02.05 AM

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan salah seorang rakan pengasas Bookd Talent Sdn Bhd,sebuah syarikat berpusat di Malaysia yang memiliki jenama bookd!, Carl Graham ialah ahli perniagaan  inovatif yang bakal mencorak masa depan industri bakat. Memiliki pengalaman 17 tahun di dalam bidang peragaan dan pengacaraan di peringkat global, beliau pernah bekerja di lebih 12 buah negara  untuk jenama seperti Diesel, Levis, Nescafe dan Louis Vuitton.Seiring perjalanan masa, beliau beralih karier dari  peragaan ke  penyampaian serta pengacaraan dan meraih pengalaman yang cukup luas di dalam pelbagai bidang.Sepanjang kerjayanya, Carl mula membimbing bakat-bakat yang lain tentang cara terbaik untuk menunjukkan diri mereka kepada pelanggan untuk memudahkan pelanggan menempah mereka secara langsung daripada bergantung kepada penjualan ejen model. Beliau sedar dengan kemunculan ramai bakat baru di dalam industri, seseorang mestilah berusaha melakukan yang terbaik dan menyerlah daripada yang lain untuk merebut peluang yang ada.

WhatsApp Image 2021-02-12 at 10.02.18 AM-2ff5797e

Carl menyedari kewujudan pasaran untuk  berkongsi pendidikan,pengalaman dan pengetahuannya  lantas  mengambil keputusan untuk menerokainya   secara lebih profesional dengan membuka Akademinya di Malaysia bekerjasama dengan bakat-bakat dari pelbagai latarbelakang yang berkemahiran serta memiliki komitmen untuk menampilkan yang terbaik.Dengan memanfaatkan  pengalaman, ilmu serta petua berguna  daripada Carl, pelajar-pelajar di bawah bimbingannya mampu menghasilkan profil menepati kualiti dan piawaian untuk dilihat oleh pelanggan yang lebih memudahkan mereka dipilih untuk sesuatu pekerjaan atau tugasan. Seiring dengan bertambahnya jumlah bakat yang mendaftar di dalam pangkalan data, platform yang  sesuai dan sistem teratur diperlukan untuk menguruskan jumlah bakat yang besar dengan lebih efisien.

bookd! ialah sebuah platform tempahan bakat global lahir daripada tekad dan semangat jitu sekumpulan individu berwawasan tinggi diketuai oleh Carl yang mempunyai visi industri bakat alaf baru akan bakal memanfaatkan sepenuhnya peluang e-dagang yang sedia ada.Kesinambungannya, sebuah platform digital dicipta dan keseluruhan proses bermula. Matlamat utama ialah untuk mencipta sistem yang lebih efisien untuk mempamerkan kemahiran bakat dengan cara yang lebih mudah ,tepat dan diinginkan. Setelah berkecimpung di dalam industri selama bertahun-tahun, Carl sedia maklum yang pelanggan mahukan lebih dari sekadar gambar yang cantik dan diedit dengan sempurna untuk membuat keputusan.Pelanggan perlu melihat bakat dengan penampilan semula jadi berserta pergerakan dan ekspresi mereka. Perkembangan pesat iklan digital menjadikan ianya semakin penting bagi pelanggan melihat profil bakat-bakat dalam bentuk video. Justeru,piawaian profesional bookd! dilaksanakan.

WhatsApp Image 2021-02-12 at 10.02.28 AM

Setiap profil yang lengkap memerlukan 5 imej Portfolio, 20 imej Polaroid dan satu Video Casting untuk membolehkan setiap  bakat  dilihat dan ditempah pelanggan. Ianya untuk memastikan bakat tampil profesional, memberikan peluang lebih cerah untuk ditempah dan juga menjadi satu piawaian untuk pelanggan membuat pemilihan untuk projek mereka. bookd! sedang berkembang di Kuala Lumpur dan juga membina momentum dengan menubuhkan operasi di bandar-bandar lain di Malaysia dan kini bekerjasama dengan Serba Digital X di Kuching, Sarawak. bookd! dan Serba Digital X berkongsi aspirasi dan visi yang sama tentang bagaimana mereka dapat bekerjasama untuk mengembangkan dan memupuk bakat profesional yang lebih baik di peringkat tempatan dan global dengan menyediakan ekosistem untuk industri bakat.
Misi bookd! adalah untuk memberi berjuta-juta bakat peluang untuk dikenali sebagai profesional dalam industri dan dapat dilihat dengan mudah oleh pelanggan di seluruh dunia untuk pelbagai jenis projek, jenama dan perkhidmatan. Juga untuk menyediakan platform yang selamat dan terjamin untuk tempahan, pembayaran dan perkhidmatan profesional. bookd! berhasrat untuk memiliki 1 juta bakat berdaftar pada akhir 2022 dan platform pendidikan global yang lengkap untuk membantu  bakat mengembangkan kemahiran mereka.
Visi mereka adalah menjadi platform bakat digital terbesar yang diiktiraf di seluruh dunia untuk mengembangkan, melatih dan menyediakan bakat profesional untuk pelbagai projek pemasaran, pengiklanan, industri acara, hiburan, televisyen dan perfileman.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bookd! sila layari laman web yang tertera di bawah:
https://www.bookd.online/
Sertai komuniti bookd! dan ikuti perkembangan mereka di media sosial yang berikut:
https://www.facebook.com/bookdtalent
Instagram: @bookdtalent

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: