5 Spot Kegemaran Di Sepanjang Lokasi OKSHE, Kuching Anda Wajib Kunjungi

featured image

Ikuti perjalanan Elya dan Jonathan Ding menerokai 5 spot kegemaran penduduk Kuching. Mereka akan menjelajahi sepanjang lokasi OKSHE yang meliputi kawasan Padungan Lama sehingga ke Kubah Ria.

Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) antara inisiatif Kerajaan Sarawak untuk menjadikan ibu negeri Kuching sebagai bandar raya bersejarah yang diiktiraf dunia.

Ia merangkumi Warisan Monumen Bersejarah, Warisan Kampung, Warisan Perniagaan dan Warisan Tepi Sungai, yang meliputi kawasan besar bandar dari Padungan lama sehingga Kubah Ria. Anda boleh menerokai sekitar jalan-jalan tersebut bagi melihat sendiri keunikan warisan yang terdapat di sini.

Berikut antara spot kegemaran yang dikongsikan oleh Elya dan Jonathan wajib dikunjungi yang terletak di sepanjang lokasi OKSHE, antaranya ialah:

1. Black Bean Coffee & Tea Co

Alamat: No. 87 Carpenter Street, 93000 Kuching, Sarawak

Bagi penggemar kopi anda wajib berkunjung di Black Bean Coffee & Tea Co apabila tiba di Kuching. Kedai ini telah beroperasi hampir 19 tahun iaitu sejak tahun 2001 sehinggakan ia kini menjadi jenama perintis bagi “Sarawak Gourmet Coffee”.

Di Black Bean Coffee & Tea Co anda boleh menikmati pelbagai jenis perisa biji kopi dari serata dunia termasuklah Arabica, Robusta dan tidak dilupakan juga biji kopi yang terkenal di Sarawak iaitu kopi Liberica. Selain itu, kopi Liberica juga turut diangkat sebagai antara biji kopi yang terbaik di dunia. Maka, jika anda berkunjung di sini jangan lepaskan peluang untuk menikmati keunikan rasa kopi di sini.

Kredit: Black Bean Coffee & Tea Co (Facebook)

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Tahu Tak Liberica, Spesies Kopi ‘Rare’ Ada Ditanam Di Sarawak? Ketahui Sejarahnya Di Sini

2. Kedey Kamek

Alamat: Lot 232, Jalan Satok 93400 Kuching, Sarawak

Apabila ditanya pasal linut atau ambuyat pasti rata-rata kumpulan masyarakat dari kepulauan Borneo mengenali makanan tradisi ini. Apabila tiba di Bandaraya Kuching anda boleh menikmati linut di Kedey Kamek. Jika anda ingin meningkatkan lagi kenikmatan rasanya anda boleh menikmatinya bersama dengan sambal belacan ataupun sayur keladi.

linut makanan tradisi kaum melanau yang terdapat di kedey kamek di sekitar bandaraya kuching

Kredit: Blog Eat Drink KL

3. Cucur Kampung No.6

Alamat: Kampung No.6, Jalan Muhibbah, 93400 Kuching, Sarawak

Seterusnya, pada masa petang pasti ramai yang mencari kuih-muih atau cucur untuk dijadikan sebagai hidangan minum petang. Di Bandaraya Kuching ini anda boleh temui pelbagai jenis gerai yang menawarkan hidangan minum petang.

Antara lokasi best untuk mendapatkan hidangan minum petang ialah di Cucur Kampung No.6 yang terletak di Jalan Muhibbah. Di sini anda boleh mendapatkan pelbagai jenis pilihan cucur sesuai dengan selera anda.

nikmati hidangan minum petang di cucur kampung no 6 sekitar bandaraya kuching

Kredit: Samadirik.net

4. Swee Kang Ais Kacang

Alamat: Jalan Kulas, Haji Taha, 93400 Kuching, Sarawak

Selepas memborong cucur di Kampung No.6 apa kata anda singgah di Swee Kang Ais Kacang untuk menikmati kedinginan Ais Batu Campur (ABC). Di sini anda boleh menikmati pelbagai menu ABC seperti cendol, cincau, kacang merah dan menu yang paling istimewa dan digemari oleh para wanita ialah White Lady. Kemeriahan buah-buahan yang dihidangkan dalam White Lady memberi kesegaran dan sekaligus mampu menyihatkan kulit wajah anda.

Menikmati hidangan minum petang bersama ABC pasti tidak akan lengkap jika tidak dimakan bersama dengan sotong kangkung. Sotong kangkung antara menu kegemaran pelanggan apabila berkunjung di Swee Kang.

swee kang antara spot lepak untuk minum petang di Bandaraya Kuching

Kredit: Swee Kang Ais Kacang

5. Nasi Lemak Ganja

Alamat: Stall 22, Kubah Ria, 93050 Kuching, Sarawak

Untuk makan malam pula anda boleh menikmati Nasi Lemak Ganja yang terletak di Kubah Ria. Sesuai dengan namanya, pasti ia mampu membuat anda tertagih setelah menikmati hidangan tersebut.

nasi lemak ganja makanan yang best di Bandaraya Kuching

Kredit: Nasi Lemak Ganja

Di sini mereka turut menawarkan pelbagai menu masakan seperti sambal dan lauk-pauk yang boleh digabung bersama dengan nasi lemak sesuai dengan selera anda.

nasi lemak ganja makanan yang best di Bandaraya Kuching

Kredit: Borneo Foodie[/caption]

Wow, sungguh menarik bukan? Bagi anda yang ingin mengetahui banyak lagi tempat yang menarik di Kuching anda boleh tontoni video penuh OKSHE Food bersama dengan Elya dan Jonathan: https://youtu.be/YnI09jQc3TA.

Mereka menerjah lokasi-lokasi makanan yang menarik dan wajib anda kunjungi jika tiba di Kuching.

0 0 votes
Article Rating
Website | + posts

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
%d bloggers like this: