Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan rakan yang saya sayangi. Pihak …


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan rakan yang saya sayangi. Pihak Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan #sarawak # MTAC sedang berusaha dan akan mempertimbangkan cara membenarkan rakyat kita untuk balik ke negeri ini tanpa sekatan di bawah kempen “Jom Ke Sarawak”.
Program pelancongan ini telah dilancarkan semalam dan diharap dapat kata membantu mereka yang masih khuatir hendak memasuki Sarawak di bawah kempen tersebut kerana walaupun permit polis tidak diperlukan lagi, masih ada sekatan lain.
Di Semenanjung Malaysia, terdapat ramai rakyat Sarawak yang tidak balik ke sini selama hampir 2 tahun jadi mungkin kita akan memberi ruang kepada mereka untuk pulang tanpa sekatan terlebih dahulu.
Saya telah berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan kempen ini kelmarin dan Sarawak adalah antara negeri pertama sejak pandemik COVID-19 yang menganjur kempen ini.
Walau bagaimanapun, perkara ini tertakhluk kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak #jpbns
Saya sangat yakin JPBNS akan dapat melihatnya dari pelbagai sudut dan berusaha menolong rakyat Sarawak yang ingin balik. Kami harus peka dan sedar dengan keluhan dan ekspresi tidak senang di media sosial.
Kempen “Jom Ke Sarawak” merupakan kerjasama bersama antara Lembaga Pelancongan Sarawak #STB Sarawak Tourism Federation #STF Association of Sarawak Inbound Agencies #ASIA dan Shopee Malaysia.






Source

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: