Saya cukup teruja dengan siaran dokumentari mengenai “The Last Ring Ladies” atau…


Saya cukup teruja dengan siaran dokumentari mengenai “The Last Ring Ladies” atau wanita gelang dari kaum #bidayuh yang memakai gelang tembaga tradisional yang akan disiar oleh pihak TVS pada 7 November nanti. Gelang tembaga yang dipakai pada kaki tiga wanita Bidayuh ini dikenali sebagai #rasung manakala pemakaian gelang tembaga di bahagian lengan disebut sebagai #Ruyang Menurut tradisi kaum Bidayuh di #SARAWAK, pemakaian gelang tembaga ini melambangkan kemegahan dan kecantikan seseorang wanita. Mereka juga digelar sebagai “The Golden Ring Ladies” atau Wanita Gelang. Ada juga kepercayaan bahawa gelang yang berwarna emas ini melambangkan keayuan dan ketinggian pekerti seseorang gadis Bidayuh. Ia juga menjadi daya tarikan lelaki dan si pemakai akan lebih mudah mendapat restu bakal ibu mertua.
Selain itu, gadis yang memakai gelang tembaga ini juga boleh digelar #dayung #Lanyak iaitu seseorang yang disanjung tinggi dikalangan masyarakat tempat. Difahamkan, hanya golongan ini sahaja yang layak mengetuai upacara tradisi #Beris iaitu upacara pemujaan roh semangat padi untuk tuaian padi yang baik dan kesejahteraan masyarakat tempatan.



Source

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: